Mukhayyam Tarbawi

 


Mukaddimah
Sempena cuti sekolah tahun ini, Madani EduTourism akan mengadakan pakej percutian remaja dalam rangkaian program Camp Motivasi Tarbiyah. Program ini berbeza dengan pakej percutian biasa kerana ianya dirancang untuk  meningkatkan kualiti pesertanya secara ruhiyah, fikriyah mahupun jasadiyah melalui aktiviti-aktiviti menarik dan menyeronokkan.

Objektif
· Menanamkan kesedaran remaja untuk sentiasa meningkatkan kualiti diri samada secara ruhiyah, fikriyah mahupun jasadiyah.
· Memberikan pemahaman kepada peserta mengenai erti pemuda dan peranannya dalam membina ummah.
· Menanamkan akhlak mulia pada peserta.
· Menumbuhkan keprihatinan peserta terhadap permasalahan ummah dan masyarakat persekitarannya.

Peserta
Peserta program ini adalah pelajar sekolah menengah mahupun IPTA yang tengah menjalani masa cutinya. Kami mensasarkan sekurang-kurangnya 25 orang peserta ikut dalam program percutian ini.

Pembimbing dan trainer
Program ini akan dibimbing oleh ustaz Irfan F. Taufik Lc., MA., alumni Universiti Islam Madinah, Saudi Arabia, dibantu oleh trainer dari Pusat Layanan Pendidikan di Bandung.

Aktiviti-aktiviti
· Kursus motivasi remaja.
· Tazkirah Keislaman
· Lawatan sosial ke sekolah OKU dan beberapa sekolah favorit di Bandung.
· Aktiviti berkuda dan memanah.
· Rafting.
· Outbond & Fun game.
· Lawatan ke beberapa destinasi pelancongan.
· Membeli belah di outlet-outlet berkonsepkan Islam.
· Dan lain-lain.

Waktu dan tempat program
Program ini akan diadakan selama 7 hari 6 malam, bermula dari Sabtu hingga Jumaat, 18-24hb Dis 2010. Bertempat di Bandung.

Perbelanjaan:
Bayaran setiap peserta:
RM 990
Tidak termasuk tiket penerbangan dan insuran perjalanan pribadi.

Penutup
Demikianlah program ini kami susun untuk ikut serta membina kepribadian remaja agar mampu meningkatkan kualiti diri dan peranannya dalam lingkungan keluarga, ummah dan masyarakat. Dengan sokongan semua pihak kami berharap semoga program ini berjalan dengan baik dan mendapat redha Allah. 

Contact Person:
Ustaz Irfan Farid Taufik, Lc., MA.
h/p : 016-6533-847
E-mail : iftaufik@yahoo.com

DAFTARLAH SEGERA!
Pendaftaran paling lewat: Jumaat, 10 hb Disember 2010.

Acc. Bank: MAYBANK a.n. IRFAN FARID TAUFIK
164-221-425-541

Untuk maklumat lanjut, sila layari Madani EduTourism:

madaniedutourism.blogspot.com

atau:

cuticutispecial.blogspot.com